-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px; border-radius: 25px 10px / 10px 25px;

Halaman

Pelajari sesuatu yang baru disamping memberi pengajaran buat semua (>_<)

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
" Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya "
~Riwayat al-Bukhari~

..TEKNIKAL ERROR..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin..

Saya menyusun 10 Jari mohon maaf kepada pembaca2 entry setia blog sya tawajjuhcintaku.blogspot.com

Kerana ramai antara kalian yang baik hati untuk meninggalkan ulasan dan pandangan kalian ke dalam blog saya.

Namun, sya langsung tidak dapat untuk membalas ulasan2 tersebut.
Saya minta maaf, mungkin sebab kecuaian saya sendiri silap setting mana2 port ulasan sehingga menyebabkan kesusahan saya sendiri untuk memberi respon ulasan kalian dan secara tidak langsung telah meninggalkan salah faham di hati kalian kerana saya tidak membalas ulasan kalian..

Maaf beribu maaf..

Sekiranya ada pape persoalan atau pendapat, kalian bole la letak no fon kalian kat ulasan spya sya bole kontek kalian secara terus ye…

Saya akan usahakan untuk memperbaiki masalah ini..

InsyaAllah..

Tu sahaja makluman daripada sya.
Mohon agar kalian dapat memaafkan sya atas kecuaian dan kesilapan teknikal yang berlaku k.


Wassalamu ‘alaikum wbt…

~~~ REZEKI ~~~

Assalamualaikum WBT..

Yea… Sumandaq Sabah suda kembali…! Hehehe..
Oke, sya bukan sumandaq tp suda jd MADAM.. Puan Fatin.
Sya nikah dgn zauj sya yg bernama Afif pada Mei 2014 (setahun selepas sya STPM) Huuhuu..
Sya nikah pda umur 20 thn dan sya ada sorg anak paling comel bernama Muhadif.
Sebab tu la bha kan sya agak busy.. Blog sendiri pun agak terabai.. tp ndapa.. sya suda kembali.. Hehehehe.. Agi idup Agi Ngelaban..!
Alhamdulillah…

Sekarang bkn nak cerita pasal diri saya tp sya nak kongsi sedikit ilmu yg sya dapat.

~~~ REZEKI ~~~

Seringkali bha kan org cerita pasal rezki ne. Ya!
Sya maw bgtaw tips untuk mudah mendapatkan rezeki.

Paling UTAMA adalah JAGA SOLAT..!
“Bila seseorang itu betulkan solat dia, dia sedang betulkan hidup dia..!”
~Ustaz Ebit Lew~
Betul kata ust.. Bila kita solat… Allah janjikan pada kita kemenangan..! Apa-apa shja yg kita perjuangkan akan kita perolehi bila kita solat. Sememangnya bukan la kmenangan yg batil sbb solat tu mencegah kita drp perkara2 munkar. Betul bha kaaann…

Kemudian nak dapatkan rezeki kita kena SEDEKAH..!
Allah kata dalam Surah al-Baqarah ayat 3, mafhumnya:
“(Iaitu)mereka yang beriman kepada perkara ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka…”
Ya! Ustaz Don ada ckp berkaitan FORMULA SIMPLE utk dapat rezeki dgn mudah. Ustaz Don bilang kan, kalo kita dapat rezeki, kita kena kongsi atau sedekah. Bukan Ustaz maen kata ja.. ALLAH kata..! Ibarat Allah kata kepada manusia ‘Bila engkau minta dan aku bagi, engkau mesti kongsi atau sedekah rezeki ini kepada orang lain jugak’

Haaaa.. Bulih faham baini kannnnn…

Seterusnya KUNCI KEJAYAAN itu berada di tangan kita, bukan tgn orang lain. Ne adalah sebuah ayat power drp salah seorang jutawan internet kita Irfan Khairi.
Bila kita maw Berjaya, kita kena rancang ntuk berjya bkn hanya sekadar berkata-kata di mulut shaja. Tindak balas fizikal dan mental kena berjalan jugak taw.. Hehehe..
Orang Sabah bilang ckp nda serupa bikin bha kou ne….
Sbb tu la pepatah Melayu kata.. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih..
Orang yang Berjaya ne.. Dia sentiaa mencari jalan, bukan mencari alasan.. DO MINDED PLEASE!

Seorang ustaz yang bernama Ustaz Mis Bahuddin selaaaaalu pesan kepada kami pekerja2 di bawahnya ne.. Berkaitan REZEKI. REZEKI.. REZEKI DAN REZEKI..
Lalu Ustaz Misbah pun berkata,
“Kenapa sya ulang2..?? Sebab ORANG YANG TAHU BELUM TENTU DIA SEDAR.. TAPI ORANG YANG SEDAR INSYAALLAH DIA YAKIN… BILA DIA YAKIN… DIA TAHU APA DIA NAK BUAT..”
Saya menjadikan kata2 beliau sebagai salah satu pendorong buat saya dalam menceburi bidang bisnes ne.. Alhamdulillah.. Sya Berjaya juga melalui segala rintangan dan susah payah dgn keyakinan yg sya ada. Begitu juga dgn Mama Anggerik selaku mentor sya juga dalam dunia bisnes ne. Beliau sntiasa share ilmu kpda sya dgn hati yang trbuka. Juga sntiasa memberi tunjuk ajar kpd sya.

Syukran ya Ustaz.. Syukran ya Mama…

Begitulah rasanya bila kita perolehi rezeki yang berkat…
Kita merasa selamat, tenang dan senang hati..
Sbb rezeki kita peroleh drp sumber yg halal dan kita dpt manfaatkn pn pd tmpat yg halal..
Alhamdulillah..

Dan apabila kita berterima kasih pada manusia, secara tidak langsung kita sebenarnya telah berterima kasih pada ALLAH. Krna nikmat rezeki yg kita dpt drp org lain tu pn dtgnya drp Allah Ya Razzaq.. Orang itu hya la sbg medium perantaraanNya shja ntuk mmberi kita rezeki.

Wallaahua’lam…

Jumpa lagi di entry akan datang…

Senang2… Boleh la join dan share channel sya UMMU HADIF di



...SiApA IbUnYa...??

...SIAPAKAH IBUNYA??...

Dalam perjalanan pulang dari kampung, saya singgah di sebuah restoran di pinggir sebuah pekan. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira 12 tahun muncul.

" Abang nak beli kuih..?? " Tanya kanak-kanak itu sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajahannya.

" Tak apalah dik, abang sudah pesan makanan. " Jawab saya ringkas.

Kanak-kanak itu pun berlalu. Kemudian dia menghampiri sepasang suami isteri. Mereka juga menolak. Beberapa minit selepas itu, kanak-kanak itu menghampiri saya semula.

" Abang sudah makan, tak mahu beli kuih saya..? " Katanya selamba.

" Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni.." Balas saya sambil menepuk-nepuk perut saya. Kanak-kanak itu beredar. Dia berdiri di kaki lima kedai dan meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap orang yang lalu akan ditanyanya, 

"Tak nak beli kuih saya? bang,, mak cik,, pak cik... kakak??"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalangnya keluar masuk premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya kanak-kanak tadi berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemui tidak membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak tadi berdiri agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya membuka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan senyuman. Sya menurunkan cermin, membalas senyumannya.

" Abang sudah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang?? "

Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya merenung wajahnya. Bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kasihan di hati. Lantas saya membuka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10, 

" Ambil ini, adik. Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih ne. "

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut lantas mengucapkan terima kasih dan terus berjalan kembali ke kaki lima kedai.

Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta dihidupkan, saya mengundur. Saya terperanjat melihat kanak-kanak itu menghulurkan RM10 pemberian saya tadi kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya memberhentikan kereta saya dan memanggil semula kanak-kanak tersebut.

" Kenapa, bang? Abang nak beli kuih kah? "

" Kenapa adik berikan duit yang abang bagi tadi kepada pengemis itu? Duit itu abang beri pada adik."

" Bang, saya tidak boleh ambil duit itu. Mak marah kalau dia tahu saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau mak tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang kurang upaya. Saya masih kuat, bang..! "

Saya sebak, sekaligus kagum. Terus saya bertanya berapa jumlah kesemua jualan dalam bakul adik tersebut.

" Abang nak beli semua kah? Dua puluh lima ringgit sahaja bang. "

Selepas dia memasukkan satu-persatu kuihnya ke dalam plastik , saya menghulurkan not RM25 kepadanya. Kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih dan terus berlalu pergi.

Sepanjang memandu pulang selepas itu, saya asyik terfikir tentang kejadian tersebut.

Ketika saya menghulurkan sedekah RM10 kepada kanak-kanak tadi, saya memberinya atas dasar kasihan. Tetapi sewaktu membeli kuih yang dijaja kanak-kanak itu, saya lakukan atas dorongan rasa kagum. Kanak-kanak sekecil itu sudah tahu menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkan dan mendidik kanak-kanak itu??

~Abu Syarif~



MALUNYA bagaikan WANITA


MALUNYA bagaikan WANITA


Pada suatu hari...

Rasulullah Saw berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Saidatina Fatimah terpijak rerumputan puteri malu, kaki nya berdarah lalu mengadu kesakitan. Saidatina Fatimah mengatakan kepada ayahandanya, apalah gunanya rerumputan puteri malu itu berada di situ? (dengan nada sedikit marah)
Rasulullah dengan nada tenang berkata kepada puteri kesayangannya, bahwasanya rerumputan puteri malu itu amat berkait rapat dengan wanita.
(Saidatina Fatimah terkejut). Rasulullah menyambung kata kata nya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran dari pada puteri malu ini dari empat aspek.

.:: Pertama
Rerumputan puteri malu akan kuncup apabila di sentuh. ini boleh diibaratkan bahwa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)

.:: Kedua
Rerumputan puteri malu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dari kehormatan sebagai seorang wanita muslimah.

.:: Ketiga
Rerumputan puteri malu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita sholehah hendaknya mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.

.:: Keempat
Ia akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh sebab itu, para wanita sekalian , kembalilah ke rumahmu walaupun ia hanya tumbuhan kecil, betapa islam telah meletakkan wanita pada kedudukkannya yang semanis-manisnya.

Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.
Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang di lakukan bertentangan dengan kejadiannya yang asal.
Seorang wanita menjadi kupu-kupu, dia tidak pulang ke rumah, sebaliknya dia ditempat yang tidak senonoh hingga larut malam.

Demikianlah wanita ....
Dia warna alam yang cukup berharga untuk di hargai. Setiap insan lahir dari manusia bernama wanita, sebab dia unsur terpenting dalam kewujudan alam ini sedemikian rupa.

kalau kita hendak melihat keburukan bukan satu yang akan kita jumpa, kalau kita hendak mencari kebaikan dan keindahan bukan satu dua juga yang akan kita temui..




Lirik Lagu Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan – RABBANI



Lirik Lagu Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan – Rabbani

Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
Dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuhi daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga