Dalam Derita Ada Bahagia
Dalam Gembira Mungkin Terselit Duka
Tak Siapa Tahu, Tak Siapa Pinta
Ujian Bertamu
Bibir Mengucap Sabar
Tapi Hatilah Yang Lebih Menderita
Insan Memandang Mempunyai Pelbagai Tafsiran
Segala Takdir
Terimalah Dengan Hati Terbuka
Walau Terseksa
Ada Hikmahnya
Harus Ada Rasa Bersyukur
Disetiap Kali Ujian Menjelma
Itu Jelasnya Membuktikan
ALLAH Mengasihimu Setiap Masa
Diuji Tahap Keimanan
Sedangkan Ramai Terbiar Dilalaikan
Hanya Yang Terpilih Sahaja
Antara Berjuta Mendapat RahmatNYA
ALLAH Itu
Mendengarkan Rintihanmu Berpanjangan
Bersyukurlah Dan Tabahlah
Menghadapi Segala Ujian Diberi
Maka Bersyukurlah Selalu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan