Assalamu'alaikum WBT...
HAWA,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih bergelar seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-Din ALLAH..
HAWA,
Andai engkau belum berkahwin,janganlah dikau risau akan jodohmu, ingatlah janji Tuhan kita, Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana daku khuatir dari mata akan jatuh ke hati, maka akan lahirlah senyuman yang akan mencetuskan salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang akan menguasai diri...
HAWA,
Lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki, tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting adalah agamanya..
Lelaki yang baik jugatidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut akan memberi kesempatan terhadap syaitan untuk menggodanya, lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia lebih mengerti matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan yang disertai dengan redha Illahi dan dibajai dengan iman..
Oleh itu HAWA,
Jagalah pangdanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH,, Yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapamu yang memberi 1001 kehangatan kebahagiaan buat dirimu.
HAWA,
Cintailah ALLAH di kala susah dan senang kerana dikau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga mencintai ALLAH, cintailah keluargamu kerana dikau tidak akan berjumpa cinta yang dapat membahagiakan selain daripada cinta daripada keluarga sendiri. Jangan sesekali tanganmu yang boleh menggoncang dunia, juga turut menggoncang iman lelaki..
Diri ini bukanlah seorang yang baik tetapi diri ini
cuba untuk menjadi baik dan terbaik...
Maaf salah dan silap atas segalanya andai
diri ini pernah membuat sesuatu yang menyakitkan hati diri yang di sana..
2 ulasan:
Assalamu'alaikum...esseh~ Fatin...macam kenal je kata-kata ni :)
din dong~ hye3!!
heheheheh, nice entry =)
klu rajin sekali sekala lawat blog sy eak :)
cehhhhh xD
gud luck korang =)
Catat Ulasan