-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px; border-radius: 25px 10px / 10px 25px;

Halaman

Pelajari sesuatu yang baru disamping memberi pengajaran buat semua (>_<)

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
" Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya "
~Riwayat al-Bukhari~

WaRkAh bUaT HaWa..

Assalamu'alaikum WBT...

HAWA,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih bergelar seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-Din ALLAH..

HAWA, 
Andai engkau belum berkahwin,janganlah dikau risau akan jodohmu, ingatlah janji Tuhan kita, Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana daku khuatir dari mata akan jatuh ke hati, maka akan lahirlah senyuman yang akan mencetuskan salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang akan menguasai diri...

HAWA,
Lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki, tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting adalah agamanya..
Lelaki yang baik jugatidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut akan memberi kesempatan terhadap syaitan untuk menggodanya, lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia lebih mengerti matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan yang disertai dengan redha Illahi dan dibajai dengan iman..

Oleh itu HAWA,
Jagalah pangdanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH,, Yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapamu yang memberi 1001 kehangatan kebahagiaan buat dirimu.

HAWA,
Cintailah ALLAH di kala susah dan senang kerana dikau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga mencintai ALLAH, cintailah keluargamu kerana dikau tidak akan berjumpa cinta yang dapat membahagiakan selain daripada cinta daripada keluarga sendiri. Jangan sesekali tanganmu yang boleh menggoncang dunia, juga turut menggoncang iman lelaki..

Oleh itu, TUNDUKKANLAH PANDANGANMU wahai HAWA...



Diri ini  bukanlah seorang yang baik tetapi diri ini 
cuba untuk menjadi baik dan terbaik...
Maaf salah dan silap atas segalanya andai 
diri ini pernah membuat sesuatu yang menyakitkan hati diri yang di sana..

RaMaDhAn tImE..!!! (>_<)


Alhmdulillah syukur ke hadrat Allah SWT yang mengizinkan lagi saya meneruskan perjuangan dalam hidup yang serba sementara ini..

Hari ini merupakan 1 Ramadhan 1434H bersamaan dengan hari Sabtu iaitu 21 Julai 2012.. Saya sangat3x bersyukur sbb dapat berpuasa pada hari first pose ney.. (>_<).. Al-maklum lerr,, tahun2 sebelum ne x berkesmpatan kan.. Excited tul saya maw sambut Ramadhan kali ini. Terawih Alhamdulillah saya tak tinggal (setakat ini lerr.. hehe)

Harap2 B. Ramadhan kali ini saya dapat mencapai target untuk beribdah kpd ALLAH SWT... Amin.
*^....Buat List lorh....^*

Saya tahu saya bukan budaq baekk,, tapi saya berharap sgt3x yang saya ne dapt jd muslimah yang baekk n berilmu.. Saya juga bukan sorang yang pakar dalam apa2 bidang tetapi saya tahu ada kelebihan dalam diri saya ne yang masih "tertutup" rapat.. tunggu setja lerr.. Saya akn try untk "buka" kelebihan yang ada ini..

'Allah ciptakan manusia dengan ada kelebihan dan kelemahan masing2'

Actually byk yang saya maw share kat entry kali ne n sebelum ne,, tp msa x mgizinkan sbb saya cbuk dgn 'kerja' STPM saya tahun ne.. hurm.. = ='

Insya-Allah ada tym,, saya cuba share la yerr,, haha.

Agak meriah jugak orang2 kat PJ ne ekh.. saf2 solat sgt3x penuh baik lelaki baik pompuan.. Alhamdulillah. Mudah2an ianya berlanjutan sehingga abezz b.Ramadhan.. 

Nak jdkan citer,, tym terawih tu kan, kat tempat solat al-banat tuh sempit betul owh..!! Bukan nak kata ape la en.. Saya trfikir la ne, 

"bukan tahun2 sebelum ney tempat solat ne luas ke..?? even berpuluh2 kaum hawa ne datang ntuk solat sunat terawih,, tempat ne tetap muat.."

Bila dok lama sgt perhati n berfikir tuh.. baru la saya perasan something..
Org2 masjid ne buat bilik ntuk memandikan jenazah kat belah depan surau tue.. haha. mana tak perasan,, dinding sudah ditutp rapat dah.. Hampir separuh drp tmpt mushollah albanat tuh digunakan sbgai bilik mmandikan jenazah..

Saya ON je.. haha. Ada lagi prkara yang saya kagum tym solat tuh.. sanggup budak2 kecik tuh sembahyang kat tangga..!!!?? kalau tepi,atas or penjuru tangga tue ok kott,, tp saya tabik abezz budaq2 kecik tuh taw! sampai terawih abezz even witir pun dy tetap tak berhenti solat..

Subhanallah..!! Mudah2an mereka tergolong dalm kalangan hamba2-Nya yang istiqamah dalam melakukan amal ibadah di bulan yang mulia ini...

Then,, ada lagi perkara yang meng'kagum'kan saya selepas habih je solat terawih kat Masjid tuh..
Dalam perjalanan balik dgn ibu saya tu, suddenly ada budak laki2 dok pkai kain pelekat putih satu badan datg maw kasi takut2 saya.. deiii.. budaq ney..

"Wooooaaaaaaaahhhhh....!!!!! Hanntuuuuu..!!!"

budaq tuh nak menakut2 kan saya konon.. = ='
Saya pown tya la adeq tuh...:

"Kenapa kunun kou ney..??"

Haha,, Saya trus jak jalan n kengkawan dy pown ketawakan dy.. tu la..!! Baru kou taokk..!!! 
Maaf la deq. Akak pernah namapak yang real depan2 mata akak lagi taw.. 

Then,, ada lagi dlm prjalann tuh bebudaq yang sama jua larr...
Bulih2 durank humban e2 mercun kat tepi tangga tmpat kami lalu tuh..??!! 
Masya-Allah..!!! Terbang semangat saya owh..!!! Sudah ler gelap..!! Nasib tak kena kami. Kalau kena je,, dah lama saya saman bebudaq ney...!! (Bergh??!! Berabezz plak taw.. hahah)

Bukan apa la en,, saya agak geram jugak lerr kat budaq2 tuh.. 
Bru 1 Ramadhan sudah nak mengada2 pasang mercun.. Astaghfirullahal'aziimmm...

Bila ku pikir2 balekk kan.. = =.

Zaman semakin dekat dengan Hari Kiamat.. Manusia kian mengejar keduniaan kan.. amacm jua saya tak kata cenggitu.. After saya n the genk abezz je mengajar mengaji. Kitaorang jalan2 kejap kat Wisma Muis.. Dari jauh sudah bulh kita kedengaran Lagu2 Hari Lebaran.. Hari Raya Aidilfitri.. Kami masuk je kat dalam bangunan tuh,, org ramai berpusu2 nak mncri bju untuk persiapan raya..

Bukan sana jer,, Kitaorang jalan jugak pergi ke area2 KK spr CP, Sinsurans n Segama.. Laa Hau La Wala Quwwata Illa Billah... Banyak sgt2 kedai kain yang crowded with human with the same aim.. haha. Restoran2 dibuka tapi bukan ntuk makan2.. Drg buka ntuk jual pakaian2, kain langsir n segala mcm kain drg jual.. Belum lgi dekat raya sudah ramai yang c buk dgn raya.. 

Saya tidak terkata sudah.. Banyak yang saya fikir sepanjang 'perjalanan' kami tuh..

Tapi apa yang pasti.. Saya harap kita semua khususnya Umat Nabi Muhammad SAW ne.. Mendapat Rahmat hidayah serta taufiq daripada Allah SWT pada bulan yang penuh barakah ne.. 

Semoga Kita jadi hamba2-Nya yang sentiasa bertaubat n bermuhasabah dgn apa yang kita lakukan sepnjang hidup kita..

Aamiiin..

Semoga ketemu lagi dalam entry saya yang seterusnya... Asslamualaikum warahmatullah..