-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px; border-radius: 25px 10px / 10px 25px;

Halaman

Pelajari sesuatu yang baru disamping memberi pengajaran buat semua (>_<)

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
" Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya "
~Riwayat al-Bukhari~

...SiApA IbUnYa...??

...SIAPAKAH IBUNYA??...

Dalam perjalanan pulang dari kampung, saya singgah di sebuah restoran di pinggir sebuah pekan. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira 12 tahun muncul.

" Abang nak beli kuih..?? " Tanya kanak-kanak itu sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajahannya.

" Tak apalah dik, abang sudah pesan makanan. " Jawab saya ringkas.

Kanak-kanak itu pun berlalu. Kemudian dia menghampiri sepasang suami isteri. Mereka juga menolak. Beberapa minit selepas itu, kanak-kanak itu menghampiri saya semula.

" Abang sudah makan, tak mahu beli kuih saya..? " Katanya selamba.

" Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni.." Balas saya sambil menepuk-nepuk perut saya. Kanak-kanak itu beredar. Dia berdiri di kaki lima kedai dan meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap orang yang lalu akan ditanyanya, 

"Tak nak beli kuih saya? bang,, mak cik,, pak cik... kakak??"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalangnya keluar masuk premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya kanak-kanak tadi berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemui tidak membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak tadi berdiri agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya membuka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan senyuman. Sya menurunkan cermin, membalas senyumannya.

" Abang sudah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang?? "

Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya merenung wajahnya. Bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kasihan di hati. Lantas saya membuka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10, 

" Ambil ini, adik. Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih ne. "

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut lantas mengucapkan terima kasih dan terus berjalan kembali ke kaki lima kedai.

Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta dihidupkan, saya mengundur. Saya terperanjat melihat kanak-kanak itu menghulurkan RM10 pemberian saya tadi kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya memberhentikan kereta saya dan memanggil semula kanak-kanak tersebut.

" Kenapa, bang? Abang nak beli kuih kah? "

" Kenapa adik berikan duit yang abang bagi tadi kepada pengemis itu? Duit itu abang beri pada adik."

" Bang, saya tidak boleh ambil duit itu. Mak marah kalau dia tahu saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau mak tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang kurang upaya. Saya masih kuat, bang..! "

Saya sebak, sekaligus kagum. Terus saya bertanya berapa jumlah kesemua jualan dalam bakul adik tersebut.

" Abang nak beli semua kah? Dua puluh lima ringgit sahaja bang. "

Selepas dia memasukkan satu-persatu kuihnya ke dalam plastik , saya menghulurkan not RM25 kepadanya. Kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih dan terus berlalu pergi.

Sepanjang memandu pulang selepas itu, saya asyik terfikir tentang kejadian tersebut.

Ketika saya menghulurkan sedekah RM10 kepada kanak-kanak tadi, saya memberinya atas dasar kasihan. Tetapi sewaktu membeli kuih yang dijaja kanak-kanak itu, saya lakukan atas dorongan rasa kagum. Kanak-kanak sekecil itu sudah tahu menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkan dan mendidik kanak-kanak itu??

~Abu Syarif~



MALUNYA bagaikan WANITA


MALUNYA bagaikan WANITA


Pada suatu hari...

Rasulullah Saw berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Saidatina Fatimah terpijak rerumputan puteri malu, kaki nya berdarah lalu mengadu kesakitan. Saidatina Fatimah mengatakan kepada ayahandanya, apalah gunanya rerumputan puteri malu itu berada di situ? (dengan nada sedikit marah)
Rasulullah dengan nada tenang berkata kepada puteri kesayangannya, bahwasanya rerumputan puteri malu itu amat berkait rapat dengan wanita.
(Saidatina Fatimah terkejut). Rasulullah menyambung kata kata nya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran dari pada puteri malu ini dari empat aspek.

.:: Pertama
Rerumputan puteri malu akan kuncup apabila di sentuh. ini boleh diibaratkan bahwa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)

.:: Kedua
Rerumputan puteri malu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dari kehormatan sebagai seorang wanita muslimah.

.:: Ketiga
Rerumputan puteri malu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita sholehah hendaknya mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.

.:: Keempat
Ia akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh sebab itu, para wanita sekalian , kembalilah ke rumahmu walaupun ia hanya tumbuhan kecil, betapa islam telah meletakkan wanita pada kedudukkannya yang semanis-manisnya.

Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.
Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang di lakukan bertentangan dengan kejadiannya yang asal.
Seorang wanita menjadi kupu-kupu, dia tidak pulang ke rumah, sebaliknya dia ditempat yang tidak senonoh hingga larut malam.

Demikianlah wanita ....
Dia warna alam yang cukup berharga untuk di hargai. Setiap insan lahir dari manusia bernama wanita, sebab dia unsur terpenting dalam kewujudan alam ini sedemikian rupa.

kalau kita hendak melihat keburukan bukan satu yang akan kita jumpa, kalau kita hendak mencari kebaikan dan keindahan bukan satu dua juga yang akan kita temui..




Lirik Lagu Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan – RABBANI



Lirik Lagu Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan – Rabbani

Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
Dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuhi daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga




!!...Marhaban Ya Ramadhan...!!

!!...Marhaban Ya Ramadhan...!!

Marhaban Yaa Ramadhan..
Marhaban Yaa Ramadhan..
Marhaban Yaa Ramadhan..

Ramadhan Tiba, Ramadhan Tiba..

Marhaban Yaa Ramadhan..
Marhaban Yaa Ramadhan..
Marhaban Yaa Ramadhan..

Sebuah nyanyian Opick bertajuk Marhaban Yaa Ramadhan.. Sentiasaku pasang semenjak dua menjak neyh… (>_<) Berapa hari lagi mahu tiba Ramadhan sudaa… Subhanallah.. Kerap kali jugak aku berdoa : Allahumma Baligna Ramadhan.. Mudah2an Ramadhan kali neyh lebih baik daripada sebelumnya… Aamiin..

Ya Allah.. Alhamdulillah.. Aku begitu tidak sabar mahu menyambut kedatangan Ramadhan..!!! Terlalu excited… Macam2 suda ku prepare untuk Ramadhan kali neyh… Haha.. Nak kongsi skett…

ü  Khatam Quran 2x.. (Niat dimurnikan)
ü  Sedekah sebanyak mungkin…
ü  100x sehari berzikir & Selawat…
ü  Menghafaz at least 1 Juz’ Quran.. (Niat dimurnikan)
ü  Target study smart and pray to be a best student…

All of diz,, Aku niat Lillahi Ta’ala,, Sebab aku tahu tanpa izin-Nya, aku x dapat niat and prepare sampai macam ne sekali… (>_<) Niat dimurnikan sebab tahun sebelumnya aku tak dapat capai target tu.. Hok tu la cek tak dapat wat tuh.. Heheh.. Tahajjud tuh.. Aku rasa, aku hanya mampu niat sahaja, sebab aku tak janji dapat tahajjud selalu. Paling kurang pown, aku dapat tahajjud 4 5 kali jer… Hurm..

Aku betul2 tak sabar nak Ramadhan… Aku betul2 rasa teruja sangat2.. Aku berharap Allah mengizinkan segala niat dan usaha aku selama menanti bulan Barakah neyh… Aamiin..

Korang pown, at least kena ada to-do list jugak lerr,, Allah tak tengok hasil korang wat something tuh.. Sebaliknya, Allah tengok apa usaha korang untuk mghasilkan something.. Adakah usaha kita tu mengikut syara’?? Adakah usaha kita tu istiqamah atau tidak?? Adakah usaha kita tu sekadar mahu mndapatkan hasil atau sekali nak redha Allah dunia akhirat?? Semua ne kena fikir dan kita kenalah bersedia dari segala aspek untuk menghadapi hari2 berikutnya…

Marilah kita sama-sama mengejar redha Allah dan Rasul-Nya,,, Berhijrah ke arah kebaikan… Bagi yang belum berubah tu,,, Korang takyah nak segan-segan arh,, Anjakan paradigma pown terus takpe asal ikut seperti yang nabi ajar.. Tapi agak mustahil kalau kita terus dapat change 360 degree en..?? Agak2 arh!! Tapi saya disini berharap kita semua dapat berubah ke arah kebaikan malah lebih baik lagi… Bagi yang sudah berubah tuh.. Korang jangan pernah terniat nak kuak lentang balekk taw.. Teruskan hidup dalam bersyari’at.. Insya Allah kejayaan menanti disana…

Saya taklah hebat dalam berkata-kata, tetapi apa yang saya mahu sampaikan pada kita semua neyh.. Adalah kepentingan IMAN kepada seluruh umat Islam kini.. IMAN tu tak boleh diwarisi daripada mak bapak kita.. Kita yang kena cari, kena treasure la skett.. Susah2 luk, baru la senang2 dian.. InsyaAllah kita boleh jadi seorang mu’min yang Berjaya…

So,, Amek la kesempatan ne dalam bulan penuh Barakah neyh… Tak susah mana pown.. Kita patuh perintah Allah tanpa ada keluhan apatah lagi bantahan… Naudzubillahi min Dzalik.. Janganlah kita jadi hamba Allah yang sombong seolah-olah bumi neyh kita yang cipta en…

Rasanya itu jak lerr yang dapat saya bebelkan dalam entry kali neyh.. Apa yang baek jadikan pedoman dan apa yang buruk tu jadikan sempadan.. InsyaAllah.. Hidup akan lebih bermakna dan harmoni dengan pengajaran dan iktibar yang diambil.. (>_<)

Sehingga bertandang lagi pada entry seterusnya ekh… Bittaufiq Wannajah.. Assalamu’alaikum WBT…







...Maksud SABAR menurut para ulama...

 Maksud ...SABAR...

Secara Istilah (terminologi), sabar memiliki pelbagai maksud. Berikut merupakan pendapat para ulama mengenai sabar :

AL-GHAZALI menjelaskan, sabar adalah kesanggupan mengendalikan diri ketika hawa nafsu bergejolak atau kemampuan untuk memilih melakukan perintah agama tatkala datang desakan nafsu.
Ertinya, jika nafsu menuntut kita untuk berbuat sesuatu, tetapi kita memilih kepada apa yang dikehendaki oleh ALLAH SWT, maka di situlah adanya kesabaran.

IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH mengatakan, "Sabar adalah menahan perasaan gelisah, putus asa dan amarah, menahan lidah dari mengeluh dan menahan anggota tubuh dari menyakiti orang lain"

ASY-SYARIF ALI MUHAMMAD AL-JURJANI menyebutkan, sabar adalah sikap tidak mengeluh kerana sakit, baik kerana ALLAH SWT, apalagi jika bukan kerana ALLAH, atau hasil perbuatan sendiri.

JUNAID AL-BAGHDADI ketika ditanya tentang makna sabar, beliau menjawab, " Sabar ialah meneguk sesuatu yang pahit tanpa merasa merungut ".

DZUN NUN AL-MISRI mendefinisikan sabar dengan menjauhi larangan, tenang ketika menghadapi musibah dan menampakkan dirinya orang yang cukup, meskipun ia bukan orang berada.
ABU QASIM AL-JUNAIDI memberitahu sabar adalah menahan diri atau membatasi jiwa dari keinginan-keinginannya demi mencapai sesuatu yang lebih baik, atau bertahan dalam kesempitan.

AL-QHUSYAIRI mengertikan sabar dengan menerima dengan penuh kerelaan mengenai ketetapan-ketetapan TUHAN yang tidak dielakkan lagi.

Dari pengertian diatas, sabar bukan bererti lemah, menerima apa adanya, menyerah pada keadaan atau menyerahkan semua permasalahan kepada ALLAH SWT, tnpa berikhtiar. Namun, sabar adalah usaha tanpa lelah atau gigih yang menggambarkan kekuatan jiwa pelakunya, sehingga mampu mengalahkan atau mengendalikan keinginan nafsu liarnya.

Sabar bukn bererti mengendapkan seluruh perasaan keinginan sehingga menimbulkan penyakit kejiwaan, tetapi sabar adalah mendorong jiwa dan menggerakkan raga untuk mencapai cita-cita yang diinginkan. Sabar bukan menyerah pada keadaan tanpa sebarang usaha untuk bangkita dan tanpa mengetahui jika kita memang selalu diberi kesempatan untuk beramal dan bekerja lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Dengan kata lain, sabar adalah kemampuan, keteguhan dalam mengetasi masalah secara kreatif, progresif dan sesuai dengan petunjuk agama.

Rujukan daripada : Buku Dasyatnya Sabar, Syukur, Ikhalas & Bukti Sebenar Yang Dicari Selama Ini. 
Penulis Daripada SynergyMedia : Imam dan Mantan Pensyarah Pengajian Islam,
 ( DATU MOHD SALLEHIN BIN MOKHSIN)



??...BeNaRkAh ItU cInTa...??

Benarkah Itu CINTA???

Kita perlu rasa bersalah, jika berani jatuh cinta walaupun belum istiqamah menjaga solat.
Ilmu di peringkat fardhu ain pun belum 'lepas'... Sudah beria-ia mahu bercinta..

Itu belum dilihat pada pengamalan syariat yang lintang-pukang dan akhlak yang sentiasa terabai. Ironinya, dengan segala keterbatasan itulah, dia mula berjanji kononnya hendak sehidup semati dengan kekasih dan sanggup menantinya di pintu Syurga.. MUNGKINKAH??

Usah percaya janji orang yang tidak menjaga janjinya dengan ALLAH... 

Kekasih yang melakukan kederhakaan dan kemaksiatan kepada ALLAH tidak boleh diharap kesetiaan, janji dan pembelaannya. Mana mungkin orang yang tidak selamat menyelamatkan orang lain??

Orang yang mengaku cintakan seseorang tetapi masih bergelumang dengan maksiat, samalah seperti orang yang tidak pandai berenang tetapi cuba untuk menyelamatkan orsng yang lemas.. Dia akan tenggelam dan menenggelamkan orang lain!!

Justeru, jika ada orang yang mengaku mencintai kita,, lihat dahulu pada solatnya, akhlaknya dan keteguhannya mengamalkan syariat. Jika dia telah atau sedang menjaga amalan-amalan itu, maka boleh dipertimbangkan untuk menerima cintanya. Tetapi sekiranya dia tidak atau belum bersedia ke arah itu, maka tinggalkanlah.. Dia tidak layak mencintai kita!!! Bukan kerana kita sudah terlalu baik tetapi dia tidak mampu memperbaiki diri kita. Sekiranya dialah yang kita pilih sebagai suami atau isteri kelak, nescaya kita akan berdepan dengan banyak masalah... 

Artikel ini saya dapat daripada Majalah GenQ, yang mana ia merupakan salah satu isi huraian daripada Kuliah Cinta (Pahrol Mohamad Juoi) Edisi 22..

Artikel ini mungkin nampak biasa tetapi maksud yang tersirat amat luar biasa..
Saya teringat kata-kata daripada Ustaz Azhar Idrus...





Memang benar kita manusia tidak sempurna tetapi kita kenalah mencintai dahulu Pencipta yang menciptakan orang yang kita CINTA.. Maka amat mudah untuk kita bertemu dan mendapat pasangan sepertimana yang kita inginkan dalam hidup kita... Agar kehidupan kita sempurna dengan melaksanakan apa yang DIA telah aturkan buat hamba-hambaNYA yang tidak sempurna lagi hina ini...

Wallahu'alam.. 

...HaRgA SeGeLaS sUsU...


...HARGA SEGELAS SUSU...

Suatu hari, seorang budak miskin berjualan dari rumah ke rumah untuk membiayai sekolahnya. Ketika berjaja itu ia merasa begitu lapar dan dahaga, tetapi ia hanya mempunyai wang yang sedikit sahaja.

Budak itu memutuskan untuk meminta makanan dari rumah yang terdekat. Tetapi, ketika seorang gadis muda membuka pintu, ia cemas dan takut. Akhirnya  ia hanya meminta  segelas air putih untuk menghilangkan dahaga.

Gadis muda terfikir bahawa pastinya budak itu berasa lapar, maka dia memberi segelas susu kepada budak tersebut.

Budak itu meminumnya dengan perlahan kemudian ia bertanya,
" Berapa saya berhutang dengan anda? "

" Kamu tidak berhutang apa-apa pun kepada saya "
Kata si gadis muda tersebut.
" Ibuku mengajar aku untuk tidak menerima apa-apa bagi perbuatan baik yang kami lakukan " 
Sambungnya lagi.

" Kalau begitu, saya hanya boleh mengucapkan terima kasih dari lubuk hati saya yang dalam. " Jawab budak tersebut.

Saat Howard Kelly - Budak kecil yang miskin itu - Meninggalkan rumah tersebut, dia bukan hanya merasa badannya lebih segar, tetapi keyakinannya pada Tuhan dan sesama manusia menjadi labih kuat. Sebelumnya dia sudah merasa putus asa dan menyerah kalah.

Tahun demi tahun, suatu hari wanita tersebut mengalami sakit parah. Doktor yang menanganinya berasa bingung lalu mengirim wanita itu ke kota besar untuk mendapatkan pertolongan daripada doktor pakar.

Dr. Howard Kelly dipanggil untuk memberi pendapat tentang penyakit yang dihadapi oleh wanita malang tersebut.

Ketika ia mendengar nama asal kampung si pesakit, ia segera menuju ke wad tempat pesekit itu berada. Ia terus mengenali wanita tersebut dan memutuskan untuk melakukan hal yang terbaik yang ia boleh usahakan untuk menolong wanita itu.

Sejak hari itu, ia memberi perhatian khusus berkaitan kes ini. Setelah melalui perjuangan yang panjang, perang melawan penyakit wanita itupun berhasil. Dr. Kelly diminta oleh pihak hospital untuk menandatangani biaya yang harus dibayar oleh wanita itu kepadanya. Ia melihat laporan tersebut, dan kemudian menuliskan sesuatu padda laporan itu lalu dikirim ke Wad rawatan wanita tersbut.

Wanita tersebut merasa takut untuk membunkanya, kerana ia merasa, yakin bahawa ia tidak mampu untuk membayar biaya tersebut. Akhirnya, ia menguatkan hati dan melihat laporan tersebut. Tulisan pada laporan itu menarik minatnya : 

" TELAH DIBAYAR PENUH DENGAN SEGELAS SUSU " 
Tanda tangan Dr. Howard Kelly.

Air mata mengalir dari matanya saat hati yang bahagia mengucapkan doa dan pujian.

" Terima kasih Tuhan, Kasih-Mu telah memanccar melalui hati dan tangan manusia.. "

Semoga cerita ini menjadi iktibar buat kita semua, dan sampaikanlah kepada mereka2 yang anda kasihi.. (>_<)

Wallahua'alam
Assalamu'alaikum w.b.t


Mencari Jalan Kembali..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." - Al-Maidah: Ayat 35
Jasad kita berasal daripada tanah. Ia harus kembali kepada asal kejadiannya untuk mencapai kepuasan.
Disebabkan itulah kita makan apa yang tumbuh daripada tanah, juga binatang-binatang yang memakan hasil tanah.
Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan semuanya tumbuh daripada tanah.
Apabila jasad memperoleh sumber makanan daripada permukaan bumi, maka ia akan kenyang, tenang dan bertenaga.
Ruh kita datang daripada Allah, ditiupkan ke dalam jasad.
Maka ruh takkan mencapai ketenangan selagi ia belum kembali kepada Tuhan.
Untuk mencapai kepuasan ruh/jiwa/hati, tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada penciptanya. Maka carilah jalan kembali.
Bukan kembali dengan kematian jasad, tetapi kembali dengan menghidupkan hati. Ya, jiwa yang kering kontang menggambarkan jauhnya kita daripada Tuhan.
Jiwa yang tak terisi dengan ruh Iman dan Taqwa akan diisi dengan keduniaan. Hakikatnya dunia itu takkan habis dikejar.
Makin kita punya harta, makin jiwa kacau tak senang duduk. Terikat dengan material.
Makin kita punya pangkat, makin tinggi yang ingin kita kejar dan capai.
Makin kita punya apa sahaja yang kita inginkan, makin kita inginkan sesuatu yang lebih lagi untuk kepuasan.
Hakikatnya jiwa kita menderita, tak puas dan tak mencapai ketenangan, ketenteraman.
Bukan ertinya kita harus terkurung meninggalkan dunia luar, itu adalah satu fahaman yang salah.
Sebaliknya, gunakanlah apa sahaja yang ada atas dunia ini demi mencari jalan kembali kepada Allah.
Biar jasadmu keluar mencari anugerah Allah di atas muka bumi, tapi jangan sekali-kali membiarkan hatimu melayang hilang terputus daripada pergantungan kepada Ilahi.
Jangan sekali-kali memisahkan dunia daripada Tuhan, dan meminggirkan Tuhan dalam segenap kehidupan.
Padahal Allah tak memerlukan kita, kita yang memerlukan-Nya.
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan." - Az-Zumar: 54
Allah telah menyeru dan akan sentiasa menjawab panggilan kita saat kita mencari-Nya.
Cuma kita yang belum benar-benar tekad untuk kembali kepada-Nya.
Atau mungkin kita sering berusaha kembali, namun dunia tetap memesongkan kita dan lebih menarik hati kita.
Maka kita tak jadi kembali.
Kita berputus asa dan tak mahu lagi mencuba untuk kembali, padahal Allah tak pernah jemu menunggu kita menyeru melainkan kita sendiri yang jemu untuk meminta dan meniti jalan menuju-Nya.
Ingat, jangan berputus asa daripada Rahmat Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Az-Zumar: Ayat 53



Wahai jiwa yang sentiasa menyesali diri, di ceruk manapun kau berada, apakah kau merasa bebas daripada pengawasan Allah?
Dalam keadaan manapun kau berada, adakah kau merasakan Allah tidak mengetahui isi hatimu? Sombongnya engkau tatkala kau pergi memalingkan wajahmu daripada Ilahi.
Sedangkan Dia tak pernah menutup pintu taubat bagimu.
Maka wahai manusia, kembalilah kepada Tuhanmu. Jika kau tak temui jalan, carilah... Kau tidak bertemu kerana kau tidak mencari.

Ma Hua Khoir Fahua Min 'Indillah,, Wa Ma Hua Khatto, Fahua Minni..
Jazakallah...



...MaRi ReNuNgKaN...


Assalamu'alaikum w.b.t


Mari renungkan.....
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya....

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Oleh itu,, Kita sentiasa kena ingat apa sebab Allah mencipta kita di muka bumi ini..
Bukan dengan senang lenangnya kita sombong dengan Allah,, 
Kita tidak buat apa yang Allah suruh tapi kita buat apa yang Allah tegah..
Inilah manusia yang sombong dan akhirnya mendapat balasan azab Allah Azza Wajalla..

Wa Naudzubillahi Min Dalik..

Peringatan buat diri dan antum semua....



!!..7 PeRkArA GaNjIl..!!

Assalamu'alaikum w.b.t.. 

Mari bersama kita bermuhasabah yerr.. (>_<)

7 PERKARA GANJIL

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari
mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," Pemuda itu menyambung lagi,

" Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kumihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya."
Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.


" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuhm badannya," sambung pemuda itu.

" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah
Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh
keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.. 

Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada perkara2 yang tidak baik hendaknya.. 
Aamiiinnn..