-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px; border-radius: 25px 10px / 10px 25px;

Halaman

Pelajari sesuatu yang baru disamping memberi pengajaran buat semua (>_<)

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
" Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya "
~Riwayat al-Bukhari~

...MaRi ReNuNgKaN...


Assalamu'alaikum w.b.t


Mari renungkan.....
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya....

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Oleh itu,, Kita sentiasa kena ingat apa sebab Allah mencipta kita di muka bumi ini..
Bukan dengan senang lenangnya kita sombong dengan Allah,, 
Kita tidak buat apa yang Allah suruh tapi kita buat apa yang Allah tegah..
Inilah manusia yang sombong dan akhirnya mendapat balasan azab Allah Azza Wajalla..

Wa Naudzubillahi Min Dalik..

Peringatan buat diri dan antum semua....



!!..7 PeRkArA GaNjIl..!!

Assalamu'alaikum w.b.t.. 

Mari bersama kita bermuhasabah yerr.. (>_<)

7 PERKARA GANJIL

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari
mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," Pemuda itu menyambung lagi,

" Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kumihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya."
Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.


" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuhm badannya," sambung pemuda itu.

" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah
Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh
keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.. 

Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada perkara2 yang tidak baik hendaknya.. 
Aamiiinnn..



...BiAr BiDaDaRi cEmBuRu pAdAmU...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang...

Asslamua'alaikum wbt...



Biar BIDADARI Mencemburuimu...


Kecantikan wanita solehah dicemburui oleh bidadari syurga..


Drp Ummu Salamah, Isteri Nabi Muhammad s.a.w, katanya :

Aku bertanya, " Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama? Wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?? "

Baginda menjawab, " Wanita2 dunia lebih utama drp bidadari spr kelebihan apa yg nmpak dari apa yg tdk nmpak "

Aku bertanya, " Mengapakah wanita2 dunia lebih utama drp bidadari?? "

Baginda menjawab," Krna solat mereka, puasa, dan ibadah mereka kepada ALLAH swt.. ALLAH meletakkan cahaya d wajah mreka, tubuh mreka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat drp emas. "

Mereka berkata, " Kmi hidup abadi dan tdk mati, kami lemah lembut dan xjaht sama sekali, kami selalu mndampingi dan tidak brganjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut2 sma sekali. Berbahagialah org yang memiliki kami dan kami memilikinya "

~H.R at-Tabrani~



Jadilah wanita solehah kerana sesungguhnya tidak akan berlaku kerugian malah mendapat tempat dan darjat di sisi ALLAH swt... (>_<)

Wabillahi taufiq wal hidayah,, wassalamu'alaikum warahmatullahi,, barakatuhu..





...LaWaK kEr...

Assalaamualaikum wbt..
Kembali lagi dlm entry terbaru.. yg tah ape2 ntah.. But,, saya hrap.. Anda smua terhibur.. K k k ..

Pada suatu hari....






Ahahaha...

Mungkin lawak skett lerr... 
Pape pown,, mmg saya happy berkongsi gmbr2 neyh dgn korg semua...

Wabillahi taufiq.,...
Wassalm...



... KeEp iN MiNd... My fRiEnD

Assalamu'alaikum WBT..

Apa khabar kita neyh..??? Alhamdulillah.. Semuanya baek2 aja..
Hari ne nak citer apa ekh?? Actually, xde citer ape2. Dekat2 nak hujung tahun dah ne.. Free jerr, dlm msa y sma tgh prepare nak STPM lagi thun depan.. Saya tea taw nak ckp cuma terfikir nak buat smthing kat blog saya ne spy dy nda sunyi.. Hehehe. >_<

'Apabila kau ingin berteman, janganlah pandang pada kelebihannya kerana mungkin dengan satu kekurangan kau akan menjauhinya,,, Andai kau ingin berteman, janganlah pula dinilai kebaikannya kerana mungkin dengan satu kelemahan kau akan membencinya,, Andai kau ingin sahabat yang satu, janganlah diuji akan ilmunya kerana apabila dia buntu mungkin kau akan menyisihkannya,, Andai kau ingin berteman, terimalah dia seadanya kerana dia hanyalah seorang sahabat yang hanya manusia biasa,,, Maka bersahabatlah kerana Allah,, Moga ukhuwah yang dibina sentiasa diberkati-Nya... '

Pernah kita dengar ayat2 neyh?? 
Mesti pernah or at least,, mst ada jugak y kena dgn ayat2 ni kan??
Hurm,,, Saya dpt kata2 ne drp seorg sahabat y jauh dr pndgn mta tp dkt pd pndgn hati...

Kadang2 terlintas dfikiran sya, knapa kita hrus pndang org dgn bgitu mudah??? 
Ssorang y berakhlak baek n dsukai org slama brthun2 mnjadi sseorang y dibenci oleh orang laen dsbbkan hya 1 ksalahan y dibuat.. Kslhn y pdanya org laen jga lakukn. Kslahn y biasa akn brlaku kpd sesiapa shj,, Kenapa pndgn orang bgitu mudah?? Knapa?? 
Dia hya lakukan 1 shj kslhn, ttp kslhn e2 seolah2 mghancurkan smua kebaikan y prnh dy lakukan pda sblumnya.. Teruk btul fkiran spr e2.. Even sya sndri pun.. X dnafikan prnh brfikiran mcm tu.. 
Tp, tu la sya pun xdpt jwapannya....
Kenapa ekh?? 

Hahaha,, Saya ckp mcm ne sbb sya prnah kena.. Ada pgalaman kena wat camtu oleh orang laen..
Honestly,, hati sya pedih sgt3x,, Jiwa sya seolah2 dicakar n smmgnya sya rsa sgt2 sakit.........!!!!!
Y the b coz...??
Sbb y wat camtu adalah kawan saya sendiri.. Cepat btul dy trpengaruh dgn tohmahan drp org laen..
Saya nak ckp apa lgi klau dy dah trmkan dgn tohmahan tu?? Percaya dgn apa y dktakan...
Bila sya sndri y kena,, Baru padan muka sya sbb sya prnah wat cmtu kat orang even bkn scr direct dgn orang tuh ttp hakikatnya sya mmg prnh buat.. Baru sya rsa apa y dy rsa...

Hahahaha...
Bila sya fikir balek,, Antara byk2 kawan y saya prnh dekati, Smmgnya adlah kawan y sntiasa dkat dgn Allah adalah yang terbaekk..!! Mereka2 ini bukan 'abid pown, bukan warak, bukan jga 'alim...
Tetapi cumalah mnusia biasa y berusha ntuk dkat dgn Allah.. 
Saya brkawan dgn semua org.. X kira tua atau muda..
Saya boleh masuk dgn semua karakter y ada pda dri shbt2 saya dsini.. Cuma 1 shaja...
Saya cuma akan amik teladan  pada y sepadan n sya kan jdikan sempadan pda mna y xpadan..

Means...??
Ye la, kita neyh kan mnusia besa,, Mcmna warak pun kita,,, Kita bukan Nabi apalagi Malaikat..
Setiap saat ada shj dosa y kita buat... Btul bukan..??? 
Saya mmg brkwan juga dgn bebudaq y nakal ttp x brmkna sya akan ikut mcm drg mlah sya akan cuba fhami drg n cuba ntuk btul kan drg.. Sbb drg pn ada mslh drg jugak,, Drg pn ada sbb knapa drg jd mcm tu..
Saya pernah jd budaq jahat jugak,, Jadi xda sbb ntuk sya kta drg tu budaq jahat n nakal..

" Allah jadikan manusia untuk menjadi khalifah, Allah jadikan lelaki dan perempuan kerana itu fitrah, Allah jadikan pejuang yang berani untuk Fisabilillah, Allah jadikan Islam kerana ia Indah dan Allah jadikan kita sahabat kerana Ukhuwah Fillah... :) "

Saya dapat kta2 ini dr  slah seorg shabt saya neyh..
Hurm,, Smmgnya saya terharu bila mmbca text y dy bgi neyh..
Tp, tu lerr,, Sya mcm xlyak ntuk trima kta2 mcm tu..
Sbb sya x lyak jd shbt dy.. Dia trlalu baekk dan dy trlalu menyayangi..
Sya tkut sikap dy tu akan luput dbasikan olh sikap sya y smmgnya brbeza drp dy neyh..
Agak pelik, tp e2 la kenyataan y dpt sya gmbarkan pda korang..

Sahabat yang baik adalah sahabat yang dapat berkata benar padamu bukan hanya membenarkan kata2mu...

Agk mndlm kta2 neyh..
Sya sndri pun kgum jugak bila dpt text mcm ne drp seorang shabt sya ne...
Alhamdulillah... Saya sgt brsyukur dpt shbt mcm dy ne.
Yang mmpu mnegur khilafku dgn pnuh hemah n hikmah...
Tanpa mnyakiti hatiku wlau sdikt pun..
Ttp shbt ne sudah prgi jauh drp ku.. Jauh drp pndgn ku...

Honestly,, Stakat ne sya blum prnah jumpa seorg teman y mmpu mnegur khilaf sya dgn hikmah dan pnuh hemah tnpa sdkit pun myakiti hti saya kecuali bbrapa org... Saya cukup puas jmpa rmai kwan y mnegur sya dgn bgitu myakitkan dgn lisan y mencucuk jiwa sya sbgi sorg mnusia.. 

Kdg2 sya berfikir,, ssh sgt ke nk tegur org dgn baek2..?? 
Ssh sgt ker kita nk tegur org dgn face to face dan tnpa mnyakiti hati sesiapa??
Ssh sgt ker bila kita nk tegur org tu, kita kena mnx maaf skiranya kita prnh wat bnda y sma pda c dy??
Ssh sgt ker kita mnegur org y sakitkan hati kita tu dgn riak wjah y tenang n steady??
Ssh sgt ker kita tegur org tu dgn hemah tnpa meng'aibkan dy??
SUSAH KERR..???

Saya brpengalaman dgn teman2 spr ini,,,
Dan saya sudah berjanji dgn dri sya sndri bhawa sya xkan buat mcm ne kat org laen..
Saya taw btapa sakit dan calarnya jiwa shabat saya bilamana sya buat camtu kat dia..

Tetapi.... Kenapa teman2 saya ini TIDAK FAHAM???

Kita ne, klau nak tgur org,, kena lerr pndang dri sndri dlu n dlm msa y sma,, kita ubah jugak sikap bruk kita tuh.. Mmg kita x perfect..!! Ttp,, kita berhak mnegur org ntuk kbaikan dy dan kbaikan dri kita jugak.. Ttp kena dgn cra2 y trtntu jugak,, Jgn maen langgar jerr lampu merah... Ada faham?? 

Sya brharap sesiapa y mbca entry kali ne especially pada y berkenaan.. Mudah2an kita ambil ikhtibar..
Don't you dare 2 do that kind of stuff to your beloved friends...
It's hurt so much... Not even me but them.. Your FRIEND..
Keep In Mind...


Kepada y ditegur..
Akuilah kebenaran, jgn dinafikan hakikat y nyata kita buat..
Jdilah seorg mnusia y rndah dri y smmgnya kita neyh x perfect..
Berilah pluang kpda dri sndri n insaf akan kekhilafan y kita buat..
Muhasabah ats apa y trjadi..
Jgn dilontar plbagai alasan ntuk mnegakkan ego dlm dri kita...
Maafkan dri sndri dan try ntuk brubah mnjadi y lbih baek drp y sblumnya,,
Kita prlu maafkan dri kita sbb kita pn berhak ntuk mengasihi dan menyayangi dri kita sndiri..

Pleasa la... (>_<)