-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px; border-radius: 25px 10px / 10px 25px;

Pelajari sesuatu yang baru disamping memberi pengajaran buat semua (>_<)

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
" Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya "
~Riwayat al-Bukhari~

...SiApA IbUnYa...??

...SIAPAKAH IBUNYA??...

Dalam perjalanan pulang dari kampung, saya singgah di sebuah restoran di pinggir sebuah pekan. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira 12 tahun muncul.

" Abang nak beli kuih..?? " Tanya kanak-kanak itu sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajahannya.

" Tak apalah dik, abang sudah pesan makanan. " Jawab saya ringkas.

Kanak-kanak itu pun berlalu. Kemudian dia menghampiri sepasang suami isteri. Mereka juga menolak. Beberapa minit selepas itu, kanak-kanak itu menghampiri saya semula.

" Abang sudah makan, tak mahu beli kuih saya..? " Katanya selamba.

" Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni.." Balas saya sambil menepuk-nepuk perut saya. Kanak-kanak itu beredar. Dia berdiri di kaki lima kedai dan meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap orang yang lalu akan ditanyanya, 

"Tak nak beli kuih saya? bang,, mak cik,, pak cik... kakak??"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalangnya keluar masuk premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya kanak-kanak tadi berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemui tidak membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak tadi berdiri agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya membuka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan senyuman. Sya menurunkan cermin, membalas senyumannya.

" Abang sudah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang?? "

Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya merenung wajahnya. Bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kasihan di hati. Lantas saya membuka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10, 

" Ambil ini, adik. Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih ne. "

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut lantas mengucapkan terima kasih dan terus berjalan kembali ke kaki lima kedai.

Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta dihidupkan, saya mengundur. Saya terperanjat melihat kanak-kanak itu menghulurkan RM10 pemberian saya tadi kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya memberhentikan kereta saya dan memanggil semula kanak-kanak tersebut.

" Kenapa, bang? Abang nak beli kuih kah? "

" Kenapa adik berikan duit yang abang bagi tadi kepada pengemis itu? Duit itu abang beri pada adik."

" Bang, saya tidak boleh ambil duit itu. Mak marah kalau dia tahu saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau mak tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang kurang upaya. Saya masih kuat, bang..! "

Saya sebak, sekaligus kagum. Terus saya bertanya berapa jumlah kesemua jualan dalam bakul adik tersebut.

" Abang nak beli semua kah? Dua puluh lima ringgit sahaja bang. "

Selepas dia memasukkan satu-persatu kuihnya ke dalam plastik , saya menghulurkan not RM25 kepadanya. Kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih dan terus berlalu pergi.

Sepanjang memandu pulang selepas itu, saya asyik terfikir tentang kejadian tersebut.

Ketika saya menghulurkan sedekah RM10 kepada kanak-kanak tadi, saya memberinya atas dasar kasihan. Tetapi sewaktu membeli kuih yang dijaja kanak-kanak itu, saya lakukan atas dorongan rasa kagum. Kanak-kanak sekecil itu sudah tahu menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkan dan mendidik kanak-kanak itu??

~Abu Syarif~



7 ulasan:

miza zahratuljannah berkata...

slm ziarah :)
semoga barakahnya memberi kebaikan kepada ummah, inshaAllah ^^

miza zahratuljannah berkata...

slm ziarah :)
semoga barakahnya memberi kebaikan kepada ummah, inshaAllah ^^

Ana Atiqah berkata...

InsyaAllah... Syukran..

Ana Atiqah berkata...

InsyaAllah amiin..

Ana Atiqah berkata...

InsyaAllah amiin..

Ana Atiqah berkata...

InsyaAllah aamiiin

Ana Atiqah berkata...

InsyaAllah amin