-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px; border-radius: 25px 10px / 10px 25px;

Pelajari sesuatu yang baru disamping memberi pengajaran buat semua (>_<)

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
" Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya "
~Riwayat al-Bukhari~

8 Penyakit Jiwa Manusia





 اللهم اني اعود بك من الهم و الحزن
و اعود بك من العجز و الكسل
و اعود بك الجبن و البخل
و اعود بك من غلبة الدين و قهرالرجل

 " YA ALLAH, 
AKU BERLINDUNG KEPADA-MU DARIPADA SIFAT SEDIH DAN DUKACITA
AKU BERLINDUNG KEPADA-MU DARIPADA SIFAT LEMAH DAN MALAS
AKU BERLINDUNG DENGAN-MU DARIPADA SIFAT TAKUT DAN BAKHIL
AKU BERLINDUNG KEPADA-MU DARIPADA BEBANAN HUTANG DAN TEKANAN PERASAAN (OLEH ORANG LAIN) "

SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN, TERDAPAT LAPAN PENYAKIT YANG DISEBUT OLEH RASULULLAH SAW DALAM HADITH DAN DOA TERSEBUT

AL-HAM, HUMUM, KERESAHAN, GELISAH.
 AL-HAZAN, DUKACITA, SEDIH

PERBEZAAN D ANTARA AL-HAM DAN AL-HAZAN IALAH MANUSIA RESAH KEPADA SESUATU YANG BELUM BERLAKU. MENANTI SESUATU DIA RESAH. MENUNGGU SESUATU DIA RESAH.

CONTOHNYA SEORANG PELAJAR YANG SUDAH MELALUI EXAM/PEPERIKSAAN, DAN SEKARANG SEDANG MENUNGGU KEPUTUSAN. DIA RESAH, DIA GELISAH. TIDURNYA TAK NYENYAK, BUAT APA PUN TAK KENA, KERANA HATINYA TERTANYA-TANYA 'BAGAIMANAKAH HASIL DARIPADA PEPERIKSAAN TERSEBUT?'

ADAPUN DUKACITA IALAH KE ATAS SESUATU YANG TELAH BERLAKU. TELAH KELUAR KEPUTUSAN, DAN DIA GAGAL, MAKA DIA BERSEDIH, DIA BERDUKACITA.

AL-'AJZL, LEMAH
AL-KASL, MALAS

 SIFAT LEMAH, SIFAT MALAS, MEMBELENGGU MANUSIA SEHINGGA MENJADIKANNYA MANUSIA YANG TIDAK PRODUKTIF, YANG TIDAK BOLEH DIHARAP, YANG TIDAK BOLEH DISERAH APA JUA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB.
LEMAH, MALAS, TIDAK UPAYA UNTUK BUAT SESUATU. MUNGKIN KERANA SAKIT, MUNGKIN KERANA TENAGA YANG KURANG, ATAUPUN SEBAGAINYA. MALAS ADALAH SIFAT BURUK YANG PERLU DIJAUHI.

AL-JUBN, SIFAT TAKUT
AL-BUKHL, SIFAT KEDEKUT 

TAKUT DALAM MENYATAKAN KEBENARAN. TAKUT DALAM MENGATAKAN HAK, TAKUT MELAKUKAN SESUATU YANG BENAR. INI PENYAKIT JIWA YANG MELANDA MANUSIA. MANUSIA MENJADI BEGITU TERIKAT DENGAN HARTANYA, ENGGAN BERSEDEKAH, ENGGAN MEMBERI DAN ITU YANG DINAMAKAN SEBAGAI SIFAT KEDEKUT YANG SEMESTINYA HARUS KITA JAUHI.!

GHALABATIDDAINI, BEBAN HUTANG

HUTANG YANG BANYAK, YANG MELINGKARI PINGGANGNYA. DIA TIDAK BOLEH BERGERAK AKIBAT LILITAN HUTANG YANG BEGITU BANYAK. MUNGKIN SAHAJA HUTANG ITU HUTANG YANG PERLU SEPERTI MAKAN, MINUM, RUMAH TEMPAT TINGGAL DAN SEBAGAINYA.

TETAPI ADA JUGA KADANGKALA HUTANG YANG TIDAK PERLU. HANYA SEMATA-MATA INGIN MENGIKUTI CORAK KEHIDUPAN MEWAH. MELIHAT ORANG SENANG, DIA INGIN SENANG, MELIHAT ORANG MEWAH, DIA PUN MAHU MEWAH, MELIHAT ORANG ADA SESUATU. MAKA DIA SANGGUP BERHUTANG. INI MERUPAKAN PENYAKIT YANG AKAN MENJADIKAN MANUSIA HAMBA NAFSU, DAN HAMBA PERASAAN, MEMBAWA KEPADA KEDUKAAN, KEGELISAHAN, KESEDIHAN DAN SEBAGAINYA.   
WA QAHRI RIJAL, TEKANAN MANUSIA

APABILA KETUJUH-TUJUH ITU BERLAKU KEPADA KITA, MAKA BERLAKU QAHRI RIJAL.. IAITU TEKANAN DARIPADA MANUSIA.. SEBAGAI CONTOH BEBAN HUTANG YANG MENGHEMPAS AKAL FIKIRAN SESEORANG ITU AKAN MEMBUATKAN DIA MENJADI TEKANAN. MUNGKIN JUGA HUTANG ITU DIPINJAM DARIPADA MANA-MANA PIHAK SEPERTI ALONG DAN SEBAGAINYA. ANDAIKATA WANG YANG DIPINJAM ITU SEMAKIN HARI, SEMAKIN BERTAMBAH BUNGANYA, MAKA DIA AKAN DIBEBANI DENGAN TEKANAN PIHAK DARIPADA TERSEBUT YANG MENDESAK DAN MEMAKSANYA UNTUK MEMBAYAR KESEMUA HUTANG ITU..


MAKA DENGAN ITU, KITA TAHU DISINI KITA PERLU MEMOHON PERTOLONGAN KEPADA SIAPA,, KITA TAHU KITA HANYA AKAN MEMINTA BANTUAN KEPADA SIAPA.

JADI, DOA YANG TERTERA KAT ATAS MERUPAKAN DOA YANG SELALU RASULULLAH AMALKAN DALAM SETIAP APA PUN IBADAH YANG DILAKUKAN OLEH BAGINDA. 
KITA BOLEH MENCONTOHI DAN MENGAMALKAN DOA TERSEBUT TIDAK KIRA DIMANA, BILA DAN SIAPA PUN AKAN BERBUAT DEMIKIAN,, 

HAL INI DAPAT MENGELAKKAN KITA DARIPADA PENYAKIT2 YANG TELAH SAYA ULASKAN DIATAS, SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA BERADA DI BAWAH LEMBAYUNG RAHMAT, PETUNJUK DAN TAUFIK DARIPADA ALLAH SWT...

SEKIAN, WALLAHUALAM.  

Tiada ulasan: