-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px; border-radius: 25px 10px / 10px 25px;

Halaman

Pelajari sesuatu yang baru disamping memberi pengajaran buat semua (>_<)

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
" Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya "
~Riwayat al-Bukhari~

SeLaMaT hArI RaYa AiDiLfItRi 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu..

Nak dijdkan criter.. Akhirnya saya beraya jugak kat kampung atas arahan bapa saya..
haha.. yang peliknya tuh.. Abang saya plak yang tak pergi beraya kat kampung..??!! He got sick..!! Demam katanya... But..!!! Saya y rasanya lebih teruk ada cacar pown pergi jugak beraya kat kampung, inikan pulak dia y hanya demam??? (= = ')
Isyh... takleh jadi nee...

By The Way...


Inilah gambar raya saya y tegh2 cacar.. huhuhu.. Sebalah saya ne anakwa.. Her name is Sofia Nurasyikin.
Yeah,, agak membimbangkan bilamana saya langsung tak wat kelija..
Hehe.. Tapi Alhamdulillah,, oke2 setja bha.. Ndada jua y bermaslah hari tuh.. Semua berjalan dengan lancar jak.. 


Ini plak gambar dua beradik.. anakwa saya.. comel kan?? Actually dulu lagi comel haha sebab sekarg dorang dah besar dah.. (>_<)
Kakaknya nama : Sofia Nurasyikin n Adiknya : Khaidie Ian
Anak abang saya yang sulung.. 


Ini family abang saya.. oppss.. ada lagi anak dorang... yang ne..


Haha,, yang ne memang kuat menangis.. Manja! Tak nak beregang dari bapa n mami dy.. :p
Abangnya : Mohd. Nazran n Adiknya : Nur Batrisyia Kakak ipar saya : Nur Saleha n Abang saya : Mohd. Afizan.. Family ne kami panggil tym raya tuh sebgai Green Family sebb dorang 1 family pakai hijau.. 

KAMI?? 
Kami toksah tanya ler adk-beradik kami ne,, Memang owezz Rainbow.. Hehe.. Pelangi bha . . 
Kitaorang sengaja pakai camtu supaya boleh seng nmpak.. haha..

Family kaka sulung saya pown hijau jugak..!! Fuuyoo.. Sebagai orang yang also wear a green clothes.. Saya cukup berbahagia hari tuh.. Hahaha.. But,, teda gambar family dorang dgn saya. So, just dapat ctaw jak ler.. 

Pape pown.. RAYA is owezz hv a Happy Moment even there's have a little unhappy situation..
Whats that?? 

It's.. RAMADHAN IS PAST WHEN SYAWAL WERE COMING..

I'll be miss u RAMADHAN.. See u next year..!!
Insya-ALLAH.. Amiiinnn...

...SyAwAl MeNjElaNg TiBa...

Assalamualaikum ye semuanyerrr...

Syawal tahun ne memang best.. haha. 
Brsyukur pada Allah yang telah mengatur segala2nya buat diri ini..

Saya raya tahun ne dalam keadaaan saya sedang dalam proses pemulihan daripada cacar air.. atau apa kita panggil tuh?? Chicken Pox.. Hahaah..
For ur information k.. Saya tak pernah kena cacar ag sebelum ne..
Baru kali ne dapat. E2pn bising tul bha famly saya tuh. Dorang xcaya saya x pernh kena..??!!
By the way, saya x kesah arh suma tuh...
Yang saya taw, saya hanya perlu diam dan bersyukur sebb tanpa izin Allah, semua ne xkn jadi..
Dan pasti ada hikmah Allah bagi ne kat saya..
mula2 memang saya tea taw pa maw buat sehari sebelum rya tuh..
Almaklum lerr,, pompuan2 n anaq2 gadis di kampung itu memang tak lari dari dapur, kalau bukn jadi  pengangkat barng2 pinggan mangkuk ke dapur untuk dicuci, maka mereka2 e2 akan jadi tukang masak..
huhuhu.. Jadi benda ne yang saya fikir.. 

JADI APA KAITAN..??!!
Haha,, mesti jadi tnda tya bha.. haha.
mmg la ada kaitan,, kalau saya pergi sana n join the club,,, konpom tersebar jangkitan cacar ku ne kat bebudaq yang x pernah kena ag kat kampung tuh..

" Ngam la tuh Ati,, orang bagi kau 'angpau' kau pun bagi orang 'angpau'.."
Beitulah kata2 mam ku,, Bila ku pikir, ada betul jugak tuh.. Soooo,,, Saya jadi tukang makan n tukang bercerita jak lah dengan genk2 kampung kat sana..

Nak dijadikan citer,,
Saya tak dapat jalan2 p ke mana2 raya ne,, mam tak bagi jalan2.. 
Hebat betul..!! Tahun lepas tu pun macam ne,, tak leh jalan ke mana2, dorang jer yang jaln2..
Abg2, adk2 n kaka gue jak yang dapat jaln2 p beraya p rumh owank.. Huhuhuhu..

Maw kata sedih tuh,, mmg tak jugak arh,, tapi ye lah.. Bosan bha urank bilank kan d uma sorang2...
Wat pape pown xle,, Asyk nk ngadap facebook jer,, bowink la..
Belajar????
Hurm,, belajar dah. xkan asyk nak ngadap buku je kott??

Jadi,, buat kerja uma ler jawabnyerrr...

Kemas tu, kemas ne, kemas sana kemas situ...
Insya-Allah, moga2 makin sihat walafiat la saya selepas ne.. Jaga kesihatan maa... 
Hehehe.. (>_<)

More important..!! Terima Kasih sangat3x.. Kepada Nur Azian Nazri, Nur Saadah Ajik dan Norliah Awang kerana sepnjg saya sakit kat asrama,, korang la yang sudi menemani, membantu saya dan mengingatkan saya tentang kesihatan diri dan rohani saya... Terima Kasih Sahabat2... 

Korang tak taw,, dorang caring bha sama saya.. hehe.
Azian,, Jangan lagi bersedih.. Semoa Azie ceria2 selalu k..

Semoga Allah memberkati dn meredhai Kmu semua sepnjang hidup kmu..
Peace Yo..!! 

Akhirulkalam,, Terima kasih kerana sudi membaca luahan hatiku..
Wassalam..


...AkU MeReNuNg sEjEnAk...



Buku Kitab Tauhid yang ku baca aku tutup sebentar demi untuk merehatkan fikiran aku yang penat asyik input memory ilmiah.. Sejak akhir2 ne byk juga prkra yang amat payah aku hadapi dan mmberi tamparan buat aku.. Suasana Surau ar-Rahman ne amat meriah dengan majlis tadarrus, halaqah dan ibadah2 sunat yang laen. Org2 kat sini amat 'khusyuk' dalam ibadah masing2. Insya-Allah mudah2an mereka sumer dberi hidayah dan taufik oleh Allah...

Aku merenung langit Allah Ta'ala itu dengan begitu menenangkan.. Walaupun langit itu gelap tetapi cahaya bulan e2 jugak yang menjadi penerang yang setia.. Aku menjadi begitu berfikir,, Apa yang aku fikir??  Hm, Entah ler,, aku pun xtaw apa yang aku fikir tapi aku tahu banyak sangat perkara yang aku fikir ketika e2.

Tetiba pandangan aku beralih ke arah seorang sahabat aku ne,, Dia ne seorang pelajar sekolah biasa, bukan seklah agma apatah lagi anak ustaz/ustazah.. Tetapi satu perkara yang aku amat tertarik pada sahabatku ne. Dia seorang yang mudah menerima apa2 shja prkra yang di'lontar'kan pada dia.. Sekarang dia sedang dalam proses menutup auratnya dengan memakai ma'sum (sarung lengan). Even kadangkala dia pernah meluah padaku bahawa dia sangat3x rimas bila pakai ma'sum tuh tp aku selalu jugak nampak dia pakai ma'sum..

Suatu hari tuh aku pernah menegur dia berkenaan aurat ne. Then,, dy pn kata yang mmg niat dy nak cuba jd baekk kat skolah agma ne.. Mudah2an Allah beri dy ptunjuk.. Aamiiin.

Lamunan aku terganggu lagi bila aku lihat dia mengambil gunting kertas dan aku tengok dy menggunting rumbai2an benang drp ma'sumnya tuh.. Benang2 yang sudah lma n mengganggu keselesaan dy dalam pemakaian ma'sum. 

Subhanallah,, betapa istiqamahnya dia dalam usaha dia menutup aurat..!! Betapa dia banyak bersabar dengan apa yang dia lalui wlaupun baginya ma'sum e2 merimaskan dia.. Betapa dia begitu teliti dalam penjagaan aurat dia..

Aku memandangnya dengan penuh keinsafan.. Aku pun xla sehebat dia. Kadangkala tuh aku pun xpakai ma'sum juga. Depends dgn keadaan la.. Aku ne memang dari sekolah agama even aku asalnya jahil agama. At least aku taw hukum hakam aurat ne. Tapi aku tetap tabik hormat kat dia sebab dalam dia kekurangan ilmu agama pun dia berusaha nak berubah dgn perlahan2.. Aku..??!!!

Wallahu'alam..

Ada satu hari tu jugak aku pernah tanya dia bila aku nampak dia sedang memperbetulkan kedudukan ma'sumnya kat sebelah aku.

"Ros,, memang dah lama ka kou pakai ma'sum ne??"

Aku tanya sebab baru first tym aku nampak dia pakai ma'sum tuh..

" Actually, aku tidak biasa pakai ma'sum ne. Aku rasa rimas ne Ati'.. Jadi, aku rasa baek aku belajar pakai waktu malam jak (tym prep). Sebab kalau aku pakai dengan baju uniform sekolah aku, aku rasa rimas bha. Nda lama tuh, aku buka sudah ma'sum aku tuh.. haha"

Dia senyum sendiri. Aku just memerhati dia membetulkan ma'sum dia dari tepi.


" Teapa la Ros.. At least kou ada niat nak berubah. Kira oke arh tuh.. Insya-Allah mudah2an kou akan terbiasa jugak pakai ma'sum tuh.. pelan2 bha.. (>_<)"

Aku beri dia kata2 semangat untuk terus menutup aurat. Bukan semata2 kerana peraturan sekolah tetapi memang e2 tuntutan agama. Allah yang suruh kita tutup aurat.. Ye tak..?? 

Tepuk dada,, Tanya Iman.. Insya-Allah.. 

" Haha,, terima kasih Ati'.." Dia mengucap rsa bersyukur pada Allah..

Aku mengelamun agak lama jugak sehingga tidak sedar azan Isya' sudah berkumandang.. Astaghfirulllahal'aziim... Apa bha aku buat ne?? telabih suda ne.. hehhe (>_<)

Alhamdulillah Allah beri peluang kepadaku untuk bermuhasabah diri pada waktu2 yang berkat tuh.. Dan aku bersyukur pada Allah kerana at least aku sedar aku ne bukannya kuat agama pown tp aku boleh berkongsi dengan orang dengan ilmu aku apa adanya.. 

Happynyerr.. (^_^)

Salam Mawaddah.. Assalamu'alaikum..




WaRkAh bUaT HaWa..

Assalamu'alaikum WBT...

HAWA,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih bergelar seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-Din ALLAH..

HAWA, 
Andai engkau belum berkahwin,janganlah dikau risau akan jodohmu, ingatlah janji Tuhan kita, Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana daku khuatir dari mata akan jatuh ke hati, maka akan lahirlah senyuman yang akan mencetuskan salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang akan menguasai diri...

HAWA,
Lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki, tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting adalah agamanya..
Lelaki yang baik jugatidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut akan memberi kesempatan terhadap syaitan untuk menggodanya, lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia lebih mengerti matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan yang disertai dengan redha Illahi dan dibajai dengan iman..

Oleh itu HAWA,
Jagalah pangdanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH,, Yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapamu yang memberi 1001 kehangatan kebahagiaan buat dirimu.

HAWA,
Cintailah ALLAH di kala susah dan senang kerana dikau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga mencintai ALLAH, cintailah keluargamu kerana dikau tidak akan berjumpa cinta yang dapat membahagiakan selain daripada cinta daripada keluarga sendiri. Jangan sesekali tanganmu yang boleh menggoncang dunia, juga turut menggoncang iman lelaki..

Oleh itu, TUNDUKKANLAH PANDANGANMU wahai HAWA...



Diri ini  bukanlah seorang yang baik tetapi diri ini 
cuba untuk menjadi baik dan terbaik...
Maaf salah dan silap atas segalanya andai 
diri ini pernah membuat sesuatu yang menyakitkan hati diri yang di sana..

RaMaDhAn tImE..!!! (>_<)


Alhmdulillah syukur ke hadrat Allah SWT yang mengizinkan lagi saya meneruskan perjuangan dalam hidup yang serba sementara ini..

Hari ini merupakan 1 Ramadhan 1434H bersamaan dengan hari Sabtu iaitu 21 Julai 2012.. Saya sangat3x bersyukur sbb dapat berpuasa pada hari first pose ney.. (>_<).. Al-maklum lerr,, tahun2 sebelum ne x berkesmpatan kan.. Excited tul saya maw sambut Ramadhan kali ini. Terawih Alhamdulillah saya tak tinggal (setakat ini lerr.. hehe)

Harap2 B. Ramadhan kali ini saya dapat mencapai target untuk beribdah kpd ALLAH SWT... Amin.
*^....Buat List lorh....^*

Saya tahu saya bukan budaq baekk,, tapi saya berharap sgt3x yang saya ne dapt jd muslimah yang baekk n berilmu.. Saya juga bukan sorang yang pakar dalam apa2 bidang tetapi saya tahu ada kelebihan dalam diri saya ne yang masih "tertutup" rapat.. tunggu setja lerr.. Saya akn try untk "buka" kelebihan yang ada ini..

'Allah ciptakan manusia dengan ada kelebihan dan kelemahan masing2'

Actually byk yang saya maw share kat entry kali ne n sebelum ne,, tp msa x mgizinkan sbb saya cbuk dgn 'kerja' STPM saya tahun ne.. hurm.. = ='

Insya-Allah ada tym,, saya cuba share la yerr,, haha.

Agak meriah jugak orang2 kat PJ ne ekh.. saf2 solat sgt3x penuh baik lelaki baik pompuan.. Alhamdulillah. Mudah2an ianya berlanjutan sehingga abezz b.Ramadhan.. 

Nak jdkan citer,, tym terawih tu kan, kat tempat solat al-banat tuh sempit betul owh..!! Bukan nak kata ape la en.. Saya trfikir la ne, 

"bukan tahun2 sebelum ney tempat solat ne luas ke..?? even berpuluh2 kaum hawa ne datang ntuk solat sunat terawih,, tempat ne tetap muat.."

Bila dok lama sgt perhati n berfikir tuh.. baru la saya perasan something..
Org2 masjid ne buat bilik ntuk memandikan jenazah kat belah depan surau tue.. haha. mana tak perasan,, dinding sudah ditutp rapat dah.. Hampir separuh drp tmpt mushollah albanat tuh digunakan sbgai bilik mmandikan jenazah..

Saya ON je.. haha. Ada lagi prkara yang saya kagum tym solat tuh.. sanggup budak2 kecik tuh sembahyang kat tangga..!!!?? kalau tepi,atas or penjuru tangga tue ok kott,, tp saya tabik abezz budaq2 kecik tuh taw! sampai terawih abezz even witir pun dy tetap tak berhenti solat..

Subhanallah..!! Mudah2an mereka tergolong dalm kalangan hamba2-Nya yang istiqamah dalam melakukan amal ibadah di bulan yang mulia ini...

Then,, ada lagi perkara yang meng'kagum'kan saya selepas habih je solat terawih kat Masjid tuh..
Dalam perjalanan balik dgn ibu saya tu, suddenly ada budak laki2 dok pkai kain pelekat putih satu badan datg maw kasi takut2 saya.. deiii.. budaq ney..

"Wooooaaaaaaaahhhhh....!!!!! Hanntuuuuu..!!!"

budaq tuh nak menakut2 kan saya konon.. = ='
Saya pown tya la adeq tuh...:

"Kenapa kunun kou ney..??"

Haha,, Saya trus jak jalan n kengkawan dy pown ketawakan dy.. tu la..!! Baru kou taokk..!!! 
Maaf la deq. Akak pernah namapak yang real depan2 mata akak lagi taw.. 

Then,, ada lagi dlm prjalann tuh bebudaq yang sama jua larr...
Bulih2 durank humban e2 mercun kat tepi tangga tmpat kami lalu tuh..??!! 
Masya-Allah..!!! Terbang semangat saya owh..!!! Sudah ler gelap..!! Nasib tak kena kami. Kalau kena je,, dah lama saya saman bebudaq ney...!! (Bergh??!! Berabezz plak taw.. hahah)

Bukan apa la en,, saya agak geram jugak lerr kat budaq2 tuh.. 
Bru 1 Ramadhan sudah nak mengada2 pasang mercun.. Astaghfirullahal'aziimmm...

Bila ku pikir2 balekk kan.. = =.

Zaman semakin dekat dengan Hari Kiamat.. Manusia kian mengejar keduniaan kan.. amacm jua saya tak kata cenggitu.. After saya n the genk abezz je mengajar mengaji. Kitaorang jalan2 kejap kat Wisma Muis.. Dari jauh sudah bulh kita kedengaran Lagu2 Hari Lebaran.. Hari Raya Aidilfitri.. Kami masuk je kat dalam bangunan tuh,, org ramai berpusu2 nak mncri bju untuk persiapan raya..

Bukan sana jer,, Kitaorang jalan jugak pergi ke area2 KK spr CP, Sinsurans n Segama.. Laa Hau La Wala Quwwata Illa Billah... Banyak sgt2 kedai kain yang crowded with human with the same aim.. haha. Restoran2 dibuka tapi bukan ntuk makan2.. Drg buka ntuk jual pakaian2, kain langsir n segala mcm kain drg jual.. Belum lgi dekat raya sudah ramai yang c buk dgn raya.. 

Saya tidak terkata sudah.. Banyak yang saya fikir sepanjang 'perjalanan' kami tuh..

Tapi apa yang pasti.. Saya harap kita semua khususnya Umat Nabi Muhammad SAW ne.. Mendapat Rahmat hidayah serta taufiq daripada Allah SWT pada bulan yang penuh barakah ne.. 

Semoga Kita jadi hamba2-Nya yang sentiasa bertaubat n bermuhasabah dgn apa yang kita lakukan sepnjang hidup kita..

Aamiiin..

Semoga ketemu lagi dalam entry saya yang seterusnya... Asslamualaikum warahmatullah..